Alhamdulillah rezeki Allah…Saya dapat job tanpa dirancang hanya dgn panggilan telefon sahabat saya ( skg dah jadi cousin ) en. shamsul dia minta saya ambil kan gambar-gambar sepanjang majlis sambutan amal-islami di surau tempat kediaman mereka di kinrara puchong.Ni kes photographer yg sepatutnya diamanahkan cancel di saat-saat akhir.Aduh…nasib baik pagi tu saya bangun awal..dan kebetulan bateri kamera pon dah saya charge…kalo x? mmm payah gak nak wat keja last2 minute camnie…
Majlis mula jam 830 pagi..tapi saya sampai di lokasi jam 930 pagi…tanpa sarapan, sampai-sampai je saya terus tembak lensa saya pada kanak-kanak yg dah separuh jalan membuat aktiviti mewarna. alhamdulillah dapat gaks saya cover gambar2 aktiviti mewarna tu..kalo x sure saya pon terkilan!!!!
Inilah job yg bg saya mencabar la jugak..sbb sepanjang masa saya berdiri dan terkejar-kejar kluar masuk perkarangan surau kerana dlm masa yg sama ada 1-2 aktiviti yg berlangsung serentak!!terlalu byk aktiviti dari jam 830 pg hingga 430 ptg!!!bayangkan la….
Tapi saya enjoy dan happy sbb akhirnya saya dapat membuat liputan dari mula majlis hingga akhir majlis dgn jaya nya tanpa sebarang masalah…hilang rasa penat bila tgk kesemua gambar peserta dari mula majlis hingga ke majlis penutup…rasa nya x ada gambar kanak-kanak yg saya ketinggalan x amik kot!!!hehehehe…ok la layan gambar-gambar nie k…byk sgt gambar…tp sya letak yg nie aje la dulu k….
tarikh : 10 mei 2009 @ surau al-firdaus, kinrara
love : yantz